Selamat Datang Ke TOPLASH

TOPLASH ditubuhkan pada Jun 2013 dengan kepakaran dalam bidang penyambungan bulu mata.

Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun, TOPLASH merupakan antara salon kecantikan bulu mata terkemuka di Malaysia.

Kami menawarkan pelbagai pilihan penyambungan bulu mata, antaranya termasuk jenis ukuran, ketebalan dan bentuk bulu mata yang menyerlahkan bentuk mata serta gaya anda. Terdapat juga pelbagai variasi warna, serta jenis hiasan untuk majlis-majlis tertentu!

Kakitangan di TOPLASH merupakan pekerja mahir dan berkelayakan dalam mengendalikan proses pemanjangan bulu mata. Layanan profesional serta suasana mesra menjadi kod etika kerja selain khidmat perundingan turut tersedia.

Misi TOPLASH
Kami menjanjikan layanan yang terbaik setiap kali anda mengunjungi kami.

TOPLASH komited dalam menyediakan khidmat dan produk yang terbaik. Misi kami adalah untuk sentiasa menawarkan produk yang selamat dan inovatif selain penyampaian maklumat yang komprehensif. Maklumat dan produk kami bergerak seiringan. Semua produk penjagaan yang ditawarkan dihasilkan di Korea Selatan yang menepati piawaian kualiti tinggi.