TOPLASH ditubuhkan pada Jun 2013 dengan kepakaran dalam bidang penyambungan bulu mata.
Berbekalkan pengalaman selama 5 tahun, TOPLASH merupakan antara salon kecantikan bulu mata terkemuka di Malaysia.
Kami menawarkan pelbagai pilihan penyambungan bulu mata, antaranya termasuk jenis ukuran, ketebalan dan bentuk bulu mata yang menyerlahkan bentuk mata serta gaya anda. Terdapat juga pelbagai variasi warna, serta jenis hiasan untuk majlis-majlis tertentu!
Kakitangan di TOPLASH merupakan pekerja mahir dan berkelayakan dalam mengendalikan proses pemanjangan bulu mata. Layanan profesional serta suasana mesra menjadi kod etika kerja selain khidmat perundingan turut tersedia.

