Proses penyambungan bulu mata dibuat secara individu, di mana satu per satu bulu mata disambungkan pada bulu mata asal menggunakan bahan pelekat gred perubatan. Proses ini tidak menyentuh kelopak mata atau kulit secara langsung. Terdapat pelbagai jenis ukuran dan bentuk bulu mata yang memberi kesan semulajadi kepada pemakainya.

Prosedur tersebut mengambil masa dari 60 minit ke 90 minit bergantung kepada jenis khidmat yang ditawarkan.

Tidak, penyambungan bulu mata tidak memudaratkan. Ia seperti memakai maskara atau melentikkan bulu mata.

Tidak, proses tersebut tidak menyakitkan sama sekali. Ramai di antara pelanggan kami berasa selesa semasa proses penyambungan bulu mata dibuat. Di Toplash Eyelash Extensions, kami menggunakan produk berkualiti tinggi demi menjamin keselesaan para pelanggan kami.

Ya, temujanji perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengesahkan masa dan tarikh. Sila aturkan temujanji untuk memastikan anda mendapat khidmat yang berkualiti selain mengelakkan anda menunggu lama.

Sila hadir tanpa mengenakan sebarang solekan di muka atau di sekitar mata. Untuk membersihkan solekan sekitar mata, gunakan pembersih yang biasa anda gunakan dan elakkan menggunakan pelembap, pelindung matahari (sunblock), concealer atau pembersih solekan yang berasaskan minyak. Bulu mata perlu bersih untuk memastikan pelekat bulu mata melekat dengan kuat.

Kami perlu membersihkan bulu mata dari penyambungan sedia ada sebelum membuat penyambungan bulu mata yang baru kerana kami tidak melakukan khidmat “touch-up”. Ini untuk mengelakkan risiko campuran bahan pelekat dari material berbeza.

Secara purata penyambungan bulu mata bertahan selama 2-5 minggu bergantung kepada beberapa faktor, antaranya penjagaan selepas proses penyambungan, kualiti bulu, cuaca dan sebagainya.

Elakkan bulu mata dari basah untuk tempoh 6-8 jam pertama selepas proses penyambungan dilakukan. Elakkan juga dari tempat-tempat seperti bilik wap / sauna / kolam mandi untuk memastikan pelekat bercantum dengan bulu mata asal secara sempurna. Jangan menggosok mata atau menarik bulu mata anda. Jangan mengenakan alat solek atau pembersih alat solek berasaskan minyak.

Kami tidak menggalakkan penggunaan maskara kerana proses membersihkan maskara akan menyebabkan anda menarik bulu mata. Sila gunakan bahan kosmetik bebas minyak untuk membersihkan solekan di kawasan sekitar mata.

Tidak, pelentik bulu mata akan merosakkan cantuman bulu mata serta merosakkan bulu mata asal anda.

Tidak, anda tidak akan kehilangan bulu mata asal anda selagi anda mengelakkan menggosok mata atau menarik bulu mata sambungan.

Bulu mata sambungan yang ditawarkan adalah dari 6mm ke 15mm panjang.

Penggaya bulu mata kami menggunakan pelekat gred perubatan yang dibuat khas untuk penyambungan bulu mata profesional.

Kami mencadangkan pelanggan kami untuk kemasan bulu mata dalam tempoh 14 hari.

Proses tersebut dilakukan oleh penggaya bulu mata kami di salon. Jangan cuba untuk menanggalkan sambungan bulu mata dengan sendiri sebaliknya aturkan temujanji untuk menanggalkannya secara profesional menggunakan krim penanggal khas. Anda juga boleh membiarkan sambungan bulu mata tersebut tanggal dengan sendiri setelah tempoh sambungan tersebut berakhir.